ABANG Johari merasmikan Pelancaran Manifesto Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu. FOTO Luqman Hakim Zubir
ABANG Johari merasmikan Pelancaran Manifesto Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu. FOTO Luqman Hakim Zubir
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Lundu: Barisan Nasional (BN) lancarkan manifesto PRK Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu yang memberi fokus kepada 17 perkara teras bagi pembangunan menyeluruh kawasan berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg berkata, manifesto yang dilancarkan akan meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.

Menurutnya, manifesto yang bertemakan 'Bersama Kita Meneruskan Perjuangan Tok Nan' itu akan memberi impak tinggi kepada masyarakat setempat.

"Walaupun ada yang mengatakan Tanjong Datu kubu kuat BN namun kita tetap serius memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Saya berharap masyarakat Tanjong Datu turun mengundi dan kekal memberikan mandat kepada BN yang secara tidak langsung meneruskan segala rancangan yang diumumkan Tok Nan (Adenan Satem) sebelum ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Manifesto BN di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 5:50 PM