GRAFITI ‘Teenage Mutant Ninja Turtles’ di GSC IOI City Mall.
GRAFITI ‘Teenage Mutant Ninja Turtles’ di GSC IOI City Mall.
KENJI bersama hasil seninya di GSC IOI City Mall, Putrajaya.
KENJI bersama hasil seninya di GSC IOI City Mall, Putrajaya.
ARIF dan contengan ‘Star Wars’ di GSC East Coast Mall, Kuantan.
ARIF dan contengan ‘Star Wars’ di GSC East Coast Mall, Kuantan.
THEY memperagakan ‘James Bond’ di GSC NU Sentral.
THEY memperagakan ‘James Bond’ di GSC NU Sentral.
Siti Salmiah A Hamid


Keseronokan menonton filem di pawagam tidak terhenti setakat itu apabila GSC menawarkan pengalaman berkekalan yang lebih bertenaga. Pelbagai karakter dan adegan filem yang menjadi kegemaran pelanggan dizahirkan pada dinding.

Pencinta alam semula jadi, Kenji berusaha sedaya-upaya memasukkan sebanyak mungkin elemen alam ke dalam karya seninya dan berharap mampu membawa ketenangan hutan belantara ke hutan batu Kuala Lumpur.

Beliau mencari peluang dengan mempamerkan ‘Planet of the Apes’ di dinding koridor di GSC IOI City Mall di Putrajaya yang menampilkan unsur alam semula jadi.

Kenji antara artis berbakat yang memiliki sentuhan inspirasi hasil daripada suasana dan alam di sekelilingnya.

“Saya cintakan seni sejak terjun ke bidang rekaan grafik, namun komputer menjadi penghalang antara bidang seni dengan diri saya sendiri,” katanya.

Beliau secara beransur-ansur mula hilang semangat untuk meneruskan aktiviti seni hinggalah mengenali grafiti 10 tahun lalu dan sejak empat tahun lalu Kenji menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sementara itu, di GSC AEON Bandaraya Melaka muncul seorang lagi artis tempatan yang bekerja keras mengetengahkan pelbagai karakter filem pada dinding.

Salah satu grafiti yang paling menarik adalah di GSC Melaka ketika ini apabila muncul Iron Man yang menjadi pujaan ramai pengunjung.

Nama Eki sudah lama dikenali sebagai penggiat mural sepenuh masa dan artis visual selepas beliau bekerjasama dengan jenama terkenal sejak 2006.

Eki teruja menjadikan dinding koridor GSC sebagai sebahagian daripada pengalaman peminat fanatik filem dengan cara tersendiri.

Di pantai timur, dinding GSC di East Coast Mall, Kuantan dikuasai artis komik Arif Rafhan menerusi watak dari ‘Marvel Comic Superheroes’ Doctor Strange dan Thor, bersama-sama dengan Star Wars, Toy Story dan Boboi Boy.

Arif adalah pelukis ilustrasi yang menuntut beliau melukis dalam semua perkara. Beliau memiliki pengalaman bersama Expedia Malaysia di Sunway, KL Thinkcity di Stesen LRT Masjid Jamek dan Grab di Fiesta Komik.

Bukan pengalaman pertama bersama GSC, They sangat bermurah hati dengan penggunaan warna. Beliau sekali lagi menghidupkan dinding GSC bagi berkongsi pengalaman bersama peminat fanatik filem pelbagai keseronokan dan hiburan.

Selepas karya menghiasi GSC Mid Valley, beliau terus melangkah ke hadapan dengan mewarnai dinding di GSC NU Sentral pula menerusi James Bond, Transformers, Rajinikanth dan filem terbarunya Kabali serta Devdas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 12:34 PM