Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa lebih dua jam untuk memujuk wanita daripada terjun dari tingkat 19 sebuah pangsapuri di Taman Kobena, di sini, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Salbani berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan terdapat wanita cuba membunuh diri, 3.37 petang.

Katanya, 16 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Pudu dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi 3.49 petang, seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun cuba membunuh diri.

“Anggota berjaya menghalang mangsa daripada terjun dari bangunan itu 6.07 petang,” katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 6:37 PM
Anggota bomba ambil masa dua jam pujuk wanita daripada bunuh diri. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba ambil masa dua jam pujuk wanita daripada bunuh diri. FOTO ihsan bomba