MAHU ke mana si manis dengan padanan blaus dan palazo kelabu ini?
MAHU ke mana si manis dengan padanan blaus dan palazo kelabu ini?
PERINCIAN manik pada blaus serlah keanggunan.
PERINCIAN manik pada blaus serlah keanggunan.
PUTIH dan biru gandingan hebat dan serasi.
PUTIH dan biru gandingan hebat dan serasi.
BLAUS ekor ikan sesuai dipadankan dengan denim.
BLAUS ekor ikan sesuai dipadankan dengan denim.
Siti Zarinah Sahib


Penggayaan wanita moden masa kini berubah mengikut perkembangan fesyen semasa. Kepelbagaian rekaan untuk Muslimah terus mendapat sambutan disebabkan imej ditonjolkan lebih bergaya namun kekal sopan dan anggun.

Bagi wanita berkerjaya, padanan yang digayakan ke pejabat, acara rasmi dan santai bukan saja menjimatkan, tetapi juga memberikan kelebihan tersendiri apabila disuai padan.

Menyedari hal ini jenama Shakhalisa yang memulakan perniagaan menerusi dalam talian menyediakan pelbagai rekaan khusus untuk wanita pelbagai peringkat usia.

Menurut pemiliknya Rahayu Ahmad, setiap helaian rekaannya mementingkan kualiti material, jahitan kemas dan melalui proses kawalan kualiti sebelum ditawarkan kepada orang ramai.

Memperkenalkan rekaan blaus, palazo dan selendang sejak dua tahun lalu, setiap satu diberikan nama untuk memudahkan pelanggan memilih rekaan yang sentiasa diperbaharui.

Blaus ekor ikan kembali mendapat tempat kerana kelihatan anggun digayakan dengan denim atau palazo. Ia juga kelihatan sopan disebabkan bahagian belakang menutupi pinggul.

“Adelia - blaus ekor ikan atau rekaan yang dipanjangkan pada bahagian belakang baju. Penggayaan dengan legging atau denim menutup bahagian punggung dan mengelak daripada pandangan jika tubuh berisi.

“Sebaliknya si pemakai kelihatan lebih langsing kerana fabrik moss crepe dan kapas poliester digunakan lebih beralun apatah lagi dipasangkan dengan skirt berpotongan duyung. Fabrik ini juga selesa kerana tidak mudah berkedut dan tidak jarang. Lebih manis himpunan Adelia diberi sentuhan manik pada bahagian hadapan baju,” katanya.

Aisya pula berpotongan jatuh dan sesuai digayakan untuk wanita bertubuh comel. Ia juga sesuai untuk yang bersaiz sederhana atau kurus kerana pilihan menjurus kepada kain kapas berkualiti. Fabrik ini juga tidak berkedut walaupun dipakai dalam tempoh yang lama.

Menurut Rahayu, rekaan palazo kekuatan Shakhalisa dan antara yang menjadi pilihan pelanggan sejak rekaan pertamanya. Ia diberi nama palazo Luna dan kini rekaan terbaru, Warna.

“Ia polos, tetapi berpotongan menarik. Tidak terlalu besar dan sesuai untuk semua bentuk tubuh. Selesa digayakan ke pejabat atau keluar bersiar-siar,” katanya.

Warna pula pastinya pastel atau bernada lembut kerana memenuhi cita rasa wanita berkerjaya, suri rumah dan pelajar. Bagaimanapun, ia tetap menyelitkan warna garang, ceria dan terang. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari Facebook dan Instagram Shakhalisa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 3:01 AM