SATU daripada empat set tapak ekskavasi tulang dan rangka dinosaur Iguanodon.
SATU daripada empat set tapak ekskavasi tulang dan rangka dinosaur Iguanodon.
SATU daripada empat set tapak ekskavasi tulang dan rangka dinosaur dilengkapi peralatan cari gali di Pusat Penyelidikan Jurassic.
SATU daripada empat set tapak ekskavasi tulang dan rangka dinosaur dilengkapi peralatan cari gali di Pusat Penyelidikan Jurassic.
SEBUAH kenderaan ‘diserang’ dinosaur.
SEBUAH kenderaan ‘diserang’ dinosaur.
REPLIKA fosil dinosaur jenis Coelopysis.
REPLIKA fosil dinosaur jenis Coelopysis.
REPLIKA tulang dinosaur jenis Spinosaurus yang terdapat di ruang galeri bagi memberi informasi kepada pengunjung.
REPLIKA tulang dinosaur jenis Spinosaurus yang terdapat di ruang galeri bagi memberi informasi kepada pengunjung.
Zuhainy Zulkiffli


Melihat haiwan prasejarah dalam satu kawasan di tengah bandar raya Georgetown, Pulau Pinang memang mendebarkan.

Malah sesiapa saja akan berkunjung ke Pusat Penyelidikan Jurassic yang kini antara tarikan terbaru buat pengunjung.

Jika sebelum ini peminat haiwan purba itu perlu ke luar negara bagi menyaksikannya, kini tidak perlu lagi berbuat demikian kerana ia sudah ‘tiba’ di pulau mutiara.

Pengalaman kira-kira satu jam berada dalam ‘habitat’ dinosaur berkenaan memang menyeronokkan tambahan pula selama ini hanya berpeluang melihat kawasan haiwan terbabit dalam filem antarabangsa.

Walaupun sekadar menggerakkan kepala, ekor, kaki, tangan dan bebola mata, ia cukup memberi kesan dengan kedudukannya di tengah pembangunan pesat, seolah-olah bandar raya itu ‘diserang’ dinosaur.

Antara yang diketengahkan adalah spinasourus, T-Rex, Pterodactyl, Brachiosaurus, Iguanodon, Spinosaurus, Coelopysis, Compsognathus, Stegosaurus, Velociraptor, Tyrannosaurus dan Protoceratops bergerak menggunakan teknologi animatronics.

Menariknya di Pusat Penyelidikan Jurassic itu, terrdapat beberapa bahagian iaitu ruang pameran replika penemuan rangka dinosaur dan informasi mengenainya.

Bagi peminat aktiviti cari gali, berada di ruang tengah yang mempunyai empat set tapak ekskavasi tulang dan rangka dinosaur dilengkapi peralatan cari gali tentunya antara pengalaman paling menarik.

Terdapat sebuah makmal menempatkan dinosaur jenis Stegosaurus, ‘sedang diuji kaji’ seorang ‘penyelidik’ dan ruang itu mampu memberikan pengalaman realistik seolah-olah berada di dalam makmal kajian.

Ruang terakhir iaitu sebuah laman menempatkan puluhan replika dinosaur realistik bersaiz sebenar yang pernah menghuni bumi lebih 243 juta tahun lalu dengan laluan berpagar supaya pengunjung tidak ‘diserang’ dinosaur berkenaan.

Pengarah Operasi Only World Group (OWG) Kenny Yap berkata, ia satu daripada 15 tarikan taman tema tertutup yang terdapat di The Top dan sesuai bagi semua lapisan usia.

Terletak di aras lima The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Yap berkata ia boleh memberi pengalaman berharga kepada pengunjung melihat kira-kira 200 dinosaur khususnya peminat kaji hayat haiwan itu.

“Ruang pameran informasi memaparkan replika janin dinosaur mengikut ciri dan saiz sebenar, malah pengunjung boleh melihat saat telur menetas selain empat ruang ekskavasi tulang serta tinggalan haiwan itu.

“Jika selama ini kita hanya melihat dinosaur di televisyen dan bahan bacaan, sekarang ia sudah boleh diamati dengan pandangan sebenar serta pada jarak dekat,” katanya.

Pusat penyelidikan berkenaan sebahagian daripada kira-kira perbelanjaan RM200 juta digunakan bagi menjenamakan semula kompleks berkenaan yang berusia 31 tahun itu.

Kompleks berkenaan dirasmikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pada 16 Disember lalu bersama Ketua Pegawai Eksekutif Only World Group (OWG) Datuk Koh Cheng Keong.

Tarikan lain di taman tema adalah Oceon Explorer iaitu pengunjung boleh menyaksikan misteri laut dan kehidupan marin dengan imej resolusi tinggi sementara di 7D Discovery Motion Theater pula terdapat paparan ‘virtual reality’ menggunakan simulator teknologi terkini dengan dimensi dan perspektif baru mengagumkan.

Turut menjadi tarikan adalah Tech Dome Penang (TDP) yang mempunyai 120 pameran interaktif iaitu Informasi Teknologi, Life Tech, Robotics, Optics dan Force and Motion yang turut dikenali sebagai Zon Penerokaan Kanak-kanak prasekolah serta Penang’s Transformation Story selain balai cerap astronomi.

Bagi anda yang ingin melihat sendiri keunikan itu, ia di buka setiap hari bermula 10 pagi hingga 7 malam.

Bayaran RM58 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak dikenakan kepada pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 5:21 AM