Anggota bomba dan penyelamat membantu mendaftar mangsa di Dewan Suarah malam tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba dan penyelamat membantu mendaftar mangsa di Dewan Suarah malam tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Rizal Abdullah


Marudi: Seramai 33 penghuni rumah panjang Adam dipindahkan ke Dewan Suarah, di sini, akibat banjir kilat malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, semua penghuni dipindahkan pada jam 10.50 malam berikutan paras air semakin meningkat.

Menurutnya, bagaimanapun, air semakin surut surut pada jam 11 malam.

"Setakat pagi ini, ada beberapa keluarga yang sudah pulang ke rumah manakala selebihnya masih berada di Dewan Suarah," katanya.

Hujan lebat bermula jam 5.30 petang semalam mengakibatkan beberapa rumah panjang di kawasan itu dinaiki air.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 10:28 AM