NAD Zainal. FOTO Rohanis Shukri
NAD Zainal. FOTO Rohanis Shukri
Ramlah Zainal


Watak Lia, pelajar yang mendalami tarian pemujaan dalam filem genre seram Aku Haus Darahmu memberi cabaran tersendiri buat pelakon berbakat besar Nad Zainal.

Dalam filem arahan Aidilfitri Mohamed Yunos ini, Nad bergandingan dengan Deanna Yusoff dan Zoey Rahman selaku teraju utama. Ia dimantapkan dengan penampilan pelakon Farhanna Qisminna (Sweet Farhanna) dan bakat baru Amalia Syakirah.

Bagi pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 26, dia terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana ingin mencabar diri beraksi dalam karya period seperti itu.

“Saya juga terima tawaran ini kerana mahu bergandingan dengan aktres hebat, Deanna.

“Saya melakonkan watak pelajar yang belajar menari dengan wanita misteri, Cik Cempaka lakonan Deanna di sebuah kampung untuk projek tesis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 9:31 AM