Florida: Aligator sememangnya banyak di Florida namun jarang yang sebesar ‘Humpback’ aligator betina yang kelihatan seperti dinosaur, dirakam penduduk Florida, Kim Joiner, yang terserempak dengan haiwan itu di Kawasan Simpanan Circle B Bar, Lakeland, di sini.
Joiner merakam aligator itu ketika dia dan beberapa pelancong lain terserempak dengan haiwan itu Ahad lalu, sebelum memuat naik video ke Facebook yang kini sudah dikongsi 18,000 kali.
Berdasarkan komen di Facebook itu, penduduk tempatan menggelarnya ‘Humpback.’
Antara komen itu berbunyi: “Itu dinosaur!”
Sorang wanita berkata: “Wow! Sebagai penduduk Florida, saya terkejut dengan saiz aligator ini.”
Video itu mendorong penduduk ke Circle B untuk melihat sendiri dan seorang wanita memberitahu ABC Action News, kerana dia menyangka apa yang dilihat dalam video itu ialah palsu.
Menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida, saiz terbesar aligator pernah direkod ialah 4.3 meter di Tasik Washington.
Aligatior ‘Humpback’ yang dirakam Joiner ini dianggar sepanjang 3.7 meter.
Aligator betina jarang melebihi 3.1 meter panjang namun boleh membesar.