PEMAIN TRW tak sabar beraksi  musim baharu. Gambar kecil, Tan Sri Annuar Musa. FOTO ZAman Huri Isa & Fathil Asri.
PEMAIN TRW tak sabar beraksi musim baharu. Gambar kecil, Tan Sri Annuar Musa. FOTO ZAman Huri Isa & Fathil Asri.
Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Tidak cukup dengan isu kegagalan persatuan negeri (FA) menjelaskan tunggakan gaji pemain, kini badan induk yang mentadbir aktiviti bola sepak di Malaysia pula didakwa berhutang dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Menurut Tan Sri Annuar Musa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum melunaskan beberapa bayaran kepada KAFA yang turut merangkumi bayaran hak penyiaran, geran tahunan dan hadiah kemenangan Liga Super musim lalu.

Katanya, jika kesemua tunggakan berjumlah RM2 juta itu dibayar FAM tepat pada waktunya segala masalah berkaitan gaji pemain dan pegawai akan mampu dilunaskan sebelum sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017 bermula pada 20 Januari ini.

“FAM berhutang dengan semua pasukan. FAM masih berhutang dengan Kelantan,” katanya ketika ditemui pada aksi persahabatan pramusim skuad The Red Warriors (TRW) bertemu pasukan Liga Perdana, MIFA FC, kelmarin.

“FAM banyak berhutang dengan kami, cuma semua pihak cakap Kelantan yang ada hutang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 9:00 AM