ORANG ramai melihat keadaan selepas serangan di pasar di Sadr City, semalam. - EPA
ORANG ramai melihat keadaan selepas serangan di pasar di Sadr City, semalam. - EPA
AP

Baghdad: Dua serangan di Baghdad semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 23 kematian dalam keganasan terbaru dilaksanakan Daish yang menyasarkan Syiah di ibu negara itu.

Dalam kejadian pertama, sebuah pasar diserang pengebom berkereta di Sadr City menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 15 cedera, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Brigadier Jeneral Saad.

Polis dan pegawai perubatan bagaimanapun mendakwa 16 maut dalam serangan itu manakala 47 cedera.

Sementara itu, satu mayat meletup di dalam peti sejuk di bilik mayat hospital di mana mangsa dibawa, dipercayai penyerang kedua yang maut dalam letupan di pasar berkenaan sebelum sempat melaksanakan misinya.

Sementara itu, seorang penyerang berani mati mengakibatkan sembilan maut dan 16 cedera di pasar juga di kawasan penduduk Syiah.

Tiga lagi serangan bom di sekitar Baghdad menyebabkan tujuh maut dan 24 cedera.

Semua serangan diakui dilaksanakan Daish yang mendakwa menyasarkan orang Syiah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 5:05 AM