Genting Highlands: Tiada masalah buat pasukan pilihan Dota 2, Digital Chaos menempah slot ke separuh akhir Kejohanan ESL One Genting 2017 di Arena of Stars, Resorts World Genting, di sini, hari ini.
Digital Chaos tidak berdepan masalah dalam saingan pusingan kedua untuk mengalahkan juara The International 6, Wings Gaming 2-1.
Pasukan dari Amerika Utara itu diwakili oleh Roman Fominok (Resolut1on), Aliwi Omar (W33), David Tan (MoonMeander), Rasmus Filipsen (Misery) dan Martin Sazdov (Saksa).
Mereka bakal berdepan juara dari kumpulan B esok bagi menentukan siapa yang layak ke pusingan akhir.