DATUK Mokhtar Ahmad. FOTO MOhd Khairul Helmy Mohd Din
DATUK Mokhtar Ahmad. FOTO MOhd Khairul Helmy Mohd Din
Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad (gambar) mahu ‘perang mulut’ sesama mereka dihentikan segera sekali gus fokus dalam mencari jalan menyelamatkan nasib pasukan yang dihimpit pelbagai masalah.

Pergeseran antara dua kem jelas ketara apabila Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan bersama pengurus Amirudin Shari pada 30 Disember lalu kerana tidak sehaluan dengan Exco FAS.

Drama tidak berakhir di situ apabila ahli Exco FAS menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya Rosman Ibrahim meminta supaya tunggakan gaji November serta bonus Piala Malaysia pemain dilunaskan seperti yang dijanjikan kerajaan negeri dan Amirudin hingga mencetuskan perbalahan antara dua pihak.

Melihat kepada situasi kelam-kabut dalam FAS ketika ini, Mokhtar mahu semua pihak bertenang dan menjaga maruah Red Giants.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 7:56 AM