Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Kehadiran murid tahun satu yang juga kembar tiga pada hari pertama sesi persekolahan 2017 menarik perhatian warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling 3, Skudai, hari ini.

Mereka termasuk Sharifah Raiyna Azzahara, Sharifah Raniya Azzahara dan Syed Muhammad Raiyan yang berusia tujuh tahun dari Taman Permata, Skudai.

Kembar tidak seiras itu ditemani ibu mereka, Norlinda Johari, 37, yang bekerja sebagai pembantu tadbir kewangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan bapa, Syed Muhammad Ridza Syed Abdullah, 42, yang juga peguam.

Norlina berkata, dia bangun seawal 6 pagi bagi membuat persiapan sesuai bagi membolehkan anaknya-anaknya yang lahir pada 29 Ogos 2010 memulakan persekolahan dalam keadaan selesa.

"Kesemua mereka kelihatan ceria dan tidak banyak ragam ke sekolah pada hari ini.

"Sharifah Raiyna Azzahara dan Syed Muhammad Raiyan akan belajar di kelas sama iaitu Satu Permata manakala Sharifah Raniya Azzahara belajar di kelas Satu Berlian.

"Guru tidak menggalakkan mereka belajar di kelas sama selain pemilihan kelas dilakukan mengikut prestasi ujian kemasukan sekolah tahun satu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 10:17 AM
SHARIFAH Raiyna (dua kiri) bersama Sharifah Raniya (dua kanan) dan Syed Muhammad Raiyan (tengah) ditemani Norlinda dan Syed Muhammad Ridza. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SHARIFAH Raiyna (dua kiri) bersama Sharifah Raniya (dua kanan) dan Syed Muhammad Raiyan (tengah) ditemani Norlinda dan Syed Muhammad Ridza. FOTO Mohd Azren Jamaludin