KECIK (empat dari kiri) ketika bersama Hyper Act.
KECIK (empat dari kiri) ketika bersama Hyper Act.
Norhayati Nordin


Biarpun lembaran 2017 baru membuka tirai, sudah ada cerita sensasi membabitkan kumpulan Hyper Act. Apa lagi kalau bukan kisah mengenai bekas vokalisnya, Kecik yang baru digugurkan daripada kumpulan muzik itu.

Kecik atau Mohammad Fauzi Kamarudin dilaporkan tidak mengundur diri sebaliknya disingkirkan pihak pengurusan.

Pemain bass dan vokalis kedua yang juga ketua kumpulan, Khairul Nizam Baharom atau Toy menegaskan keputusan penyingkiran Kecik tiada kaitan dengan anggota kumpulan Hyper Act, Beby (gitar utama), Etan (gitar kedua), Ejam (dram) dan Akir (keyboard).

Katanya, semua keputusan dibuat sepenuhnya pihak pengurusan, Hype Beat Sdn Bhd selepas mengambil kira banyak perkara.

“Saya bersama anggota Hyper Act lain, Beby, Etan, Ejam dan Akir akur dengan keputusan itu. Apa pun, saya enggan mengulas lanjut, biar perkara itu diperjelaskan pihak pengurusan,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 6:29 AM