FRANCY (kanan) dan Mohammed Faroz Jakel (dua dari kanan) melancarkan kempen berkenaan.
FRANCY (kanan) dan Mohammed Faroz Jakel (dua dari kanan) melancarkan kempen berkenaan.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Raikan musim perayaan akhir tahun dengan penuh bermakna dengan memberi hadiah istimewa bagi menghargai sokongan dan kehadiran insan tersayang.

Hadiah berupa barang kemas pasti membuatkan wanita kesayangan tersenyum panjang dan teruja, apatah lagi koleksi pemberian direka khas untuk musim tertentu.

Memahami kepentingan pemberian hadiah ketika menyambut musim perayaan, jenama barang kemas yang menjadi pilihan ramai di seluruh dunia, Joyalukkas akan mengadakan Festival Of A Million.

Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Joyalukkas, Joy Alukkas berkata, inisiatif itu dianjurkan sebagai penghargaan kepada pelanggan atas sokongan mereka selama ini.

"Ini tanda penghargaan kami, sekali gus mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia. Banyak peluang menarik buat penggemar barang kemas sepanjang tempoh promosi.

"Sekarang masa sesuai untuk saling memberi kepada insan tersayang. Pelbagai rekaan terkini ditampilkan untuk membangkitkan semangat musim perayaan, percutian dan sambutan tahun baru akan datang," katanya.

Tambah Joy Alukkas, tawaran berkenaan sah sehingga 31 Januari di semua bilik pamerannya. Ia menawarkan peluang menarik kepada pelanggan untuk memenangi baucar hadiah bernilai RM1 juta dan 100,000 syiling emas pada setiap pembelian barang kemas berharga RM500 yang boleh didapati di semua bilik pamerannya termasuk di Jalan Masjid India.

Sebagai tambahan kepada tawaran menarik itu, jenama berkenaan turut menawarkan 10 peratus pulangan tunai kepada pembeli berlian dan koleksi barang kemas polki (berlian asli yang popular ketika zaman purba India, Moghul dan Kundan).

Di bawah inisiatif 'Season of Giving', ia turut menampilkan rekaan khas loket berlian, emas dan mutiara dengan harga menarik.

Loket yang direka sempena musim perayaan itu didatangkan dengan kad ucapan unik untuk diberi kepada insan tersayang. Pada masa sama, ia turut menampilkan rekaan terkini sepanjang kempen berlangsung.

Koleksi terbaru termasuk rekaan menarik dari seluruh dunia untuk semua jenis barang kemas sama ada emas, berlian, polki, batu permata, mutiara dan platinum boleh didapati di sini.

Semua barang kemasnya mendapat sentuhan tukang yang mahir dari seluruh dunia untuk memastikan hasil buatannya berkualiti tinggi.

Rangkaian jenama perhiasan diri itu sudah bertapak sejak 1987 dan memasuki pasaran di 10 negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Kuwait, United Kingdom, India, Singapura dan Malaysia.

Promosi itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohammed Faroz Jakel dan disaksikan Pengurus Joyalukkas Jewellery, Francy P V.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 8:43 PM