Annuar beramah mesra bersama penuntut UUM di Program Dialog Bersama Tan Sri Annuar Musa di UUM hari ini. FOTO Ezairi Shamsudin
Annuar beramah mesra bersama penuntut UUM di Program Dialog Bersama Tan Sri Annuar Musa di UUM hari ini. FOTO Ezairi Shamsudin
Muhammad Mustakim Ramli

Sintok: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) ditukarkan kepada Yayasan Mara bermula Januari depan bagi meluaskan lagi skop bantuannya dan tidak hanya tertumpu kepada pelajaran saja.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap tahun Mara menyumbangkan sebanyak RM20 juta kepada YPM dan dana itu akan diperbesarkan lagi pada masa akan datang dengan adanya Yayasan Mara.

“€œMelalui yayasan baharu ini, bukan sahaja pelajaran, malah kita akan perluaskan skop ke arah keusahawan dan pelaburan.

“€œPenukaran YPM kepada Yayasan MARA ini juga akan memantapkan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) kepada jumlah penerima yang lebih ramai,”€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas Sesi Dialog bersama Tan Sri Annuar Musa di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Annuar berkata, seiring dengan keluasan skop yayasan itu, Mara akan menjalin kerjasama dengan China dengan menghantar pelajar ke negara itu dalam bidang kejuruteraan.

€œSebelum ini menerusi YPM, biasiswa ditawarkan untuk pelajar ke Jepun, Jerman, Perancis dam United Kingdom

€œTetapi kali ini, pelajar akan dihantar ke China kerana kita sedia maklum negara itu ketika ini adalah kuasa baharu ekonomi dunia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2016 @ 9:11 PM