PEGAWAI Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam ketika sidang media. FOTO Saddam Yusof
PEGAWAI Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim bersama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam ketika sidang media. FOTO Saddam Yusof
Siraj Mohd Zaini


Hulu Selangor: Seramai 152 mangsa tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, pada 26 November lalu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing mulai jam 5 petang ini.

Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, semua mangsa yang sebelum ini dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah itu dibenarkan keluar selepas kajian mendapati kediaman mereka selamat untuk diduduki.

"Kajian diselaraskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan dibantu oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Indah Water Konsortium dan Air Selangor.

"Jawatankuasa Bencana juga akan membantu kerja pemindahan semula ini dengan agensi berkaitan bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga akan ditutup pada jam 10 malam ini manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) ditutup esok jam 12 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 10:08 AM