IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Penuntut kolej swasta maut selepas kereta dipandu merempuh pokok di Taman Acacia, Seremban 2, di sini, pagi ini.

A Edwards Naezareen Dass, 20, yang memandu Perodua Kancil dikatakan dalam perjalanan ke bandar Seremban, ketika kejadian kira-kira 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata siasatan awal mendapati kereta terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh pokok.

"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan sepasukan anggota bomba dipanggil ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 4:35 PM