Farah Suhaidah Othman

Ipoh : Penduduk Orang Asli di Pos Kemar, Gerik yang positif malaria terus meningkat kepada 84 orang hari ini berbanding 81 orang semalam.

Dua penduduk yang disahkah positif dijangkiti malaria di perkampungan itu enggan keluar dari penempatan mereka dan terpaksa diberikan rawatan oleh petugas Jabatan Kesihatan Perak dari rumah.

engarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, seramai 65 pesakit ditempatkan di Hospital Gerik manakala 12 lagi ditempatkan di Hospital Kuala Kangsar.

"Kita masih dalam proses untuk membawa keluar lima lagi penduduk Orang Asli yang disahkan positif wabak itu untuk dihantar ke hospital.

“Setakat hari ini tiada pesakit dibenarkan keluar hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 7:51 PM