MUHAMMAD Adam membantu neneknya, Rokiah Man memotong buah petai.
MUHAMMAD Adam membantu neneknya, Rokiah Man memotong buah petai.
Oleh Zulfa Mohamad

Butterworth: "Adam tak takut orang besar. Adam tampar sekali patah tulang," kata Muhammad Adam Zulfar Roslan yang baru berusia lima tahun, tetapi mempunyai berat badan 38 kilogram.

Dengan saiz badannya yang 'ekstra' selain keramahannya berbual dengan orang dewasa membuatkan kanak-kanak itu sering mencuit hati pelanggan di gerai makan datuknya, Gerai Ombak Rindu di Bagan Ajam, dekat sini.

Apabila dibawa ke pasar malam pula, pasti ada yang mencuit pipi tembamnya selain ada yang menghulurkan wang kerana geli hati melihat gelagatnya berjalan.

Muhammad Adam, anak kedua kepada pasangan Roslan Rosli, 31, dan Nor Suhaila Saad, 29, mencuri tumpuan ketika belajar di kelas Tabika Ampang Jajar, di sini, malah dia murid paling disenangi guru kerana kepetahannya berkata-kata.

"Adam ada ramai kawan. Kawan lelaki ada 20 orang, tapi kawan perempuan seorang saja," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 5:09 AM