PERODUA Axia remuk selepas kemalangan. FOTO ihsan bomba
PERODUA Axia remuk selepas kemalangan. FOTO ihsan bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Rembau: Wanita meninggal dunia manakala tiga beranak cedera dalam kemalangan di Jalan Pedas, berdepan Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, 7.30 pagi tadi.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Axia dipandu Faramazila Kamaruzaman, 24, bertembung pacuan empat roda dipandu Tan Hock Soon, 40, dinaiki bersama isteri dan anak lelaki berusia sembilan bulan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd Fuad Majid berkata, pihaknya menerima panggilan 7.48 pagi dan lapan anggota serta jentera dikerah ke lokasi.

“Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan Faramazila yang tersepit dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Tiga beranak itu pula cedera ringan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 11:02 AM