MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Polis
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO ihsan Polis
Shahrul Nizam Mohamad


Temerloh: Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Terengganu maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki bergesel bas ekspres di Kilometer 100.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Lanchang, semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, Noriani Ismail, 45, berasal dari Jalan Saga, Kampung Mak Chili Paya, Kemaman, Terengganu, meninggal dunua di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, pemandu Rahim Idris, 55, berasal dari Kampung Padang Kemasek, Kemaman, masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh manakala penumpang depan, Mohd Faisal Zainaldin, 28, berasal dari Kampung Kubang Menerong, Kodiang, Kedah cedera ringan.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan menghala ke Kuala Lumpur dari Kuantan bergesel dengan bas ekspres.

Menurutnya, kenderaan itu berpusing lalu terbabas ke dalam longkang di kiri jalan menyebabkan Noraini yang berada di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian.

“Polis masih meneruskan siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 5:02 PM