Rakyat Amerika Syarikat berkumpul Times Square, New York untuk menunggu keputusan  pilihan raya Presiden 2016. FOTO AFP
Rakyat Amerika Syarikat berkumpul Times Square, New York untuk menunggu keputusan pilihan raya Presiden 2016. FOTO AFP
Agensi

Washington: Sehingga jam 1.30 tengah hari tadi (waktu Malaysia), calon Parti Republikan, Donald Trump meraih 245 daripada 270 undi Badan Perwakilan Pemilih yang diperlukannya untuk memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Pesaingnya dari Parti Demokrat, Hillary Clinton hanya memperoleh 215 undi setakat ini.

Kedua-dua calon masih bersaing untuk memperoleh 270 undi yang mewakili majoriti mutlak daripada 538 anggota Badan Perwakilan Pemilih yang akan memilih Presiden Amerika Syarikat.

Lapan negeri masih terlalu sengit untuk menentukan pemenang termasuk Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, semuanya penting dimenangi Hillary untuk membolehkannya memenangi pilihan raya itu.

Negeri lain ialah Alaska, Arizona, Maine, Minnesota dan New Hampshire.

Trump sudah memenangi negeri penting - Florida, Ohio dan Carolina Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2016 @ 2:27 PM