FOTO hiasan
FOTO hiasan
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah Perodua Myvi dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Bukit Beruang Utama, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa Muhammad Najmi Mohamad Shukri, 16, dikatakan dalamperjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Keroh selepas makan malam bersama rakan-rakannya.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dirempuh sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah belakang.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang datang dari arah Bukit Beruang menghala Ayer Keroh melanggar motosikal mangsa yang juga menuju arah sama.

"Akibatnya mangsa disahkan meninggal dilokasi kejadian akibat parah dikepala dan mayatnya sudah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2016 @ 3:28 PM