ANGGOTA bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Cameron Highlands: Bomba bawa turun seorang pendaki wanita yang cedera di kedua-dua lutut akibat terjatuh ketika mendaki Gunung Irau, di sini, semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Nuraimisuliana Mohd Ariffin, 32, dipercayai terjatuh di tebing berdekatan 'check point' Bonsai sebelum rakannya menghubungi bomba untuk bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.26 petang sebelum operasi dimulakan pada 7.41 malam. Mangsa berjaya dibawa turun, awal pagi tadi.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum membawa turun mangsa.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah rata untuk menerima rawatan dan operasi tamat 9 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 2:31 PM