Hamirullah dan Ketua Perbankan dan Pembayaran Maya, Kalyani Balakrishnan.
Hamirullah dan Ketua Perbankan dan Pembayaran Maya, Kalyani Balakrishnan.
myMetro

Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad (Maybank) menjangkakan 4,000 transaksi dicatatkan bagi perkhidmatan dalam talian dikenali DeepaMONEY yang diperkenalkan sempena Deepavali.

Perkhidmatan DeepaMONEY membolehkan pelanggan menikmati keselesaan menerima dan menyumbang duit kepada orang tersayang secara digital melalui peranti mudah alih atau komputer menerusi Maybank2u (M2U).

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, pengenalan itu susulan daripada kejayaan pengenalan e-Duit Raya dan e-Ang Pow yang memberi kemudahan kepada pelanggan merayakan sambutan Deepavali.

“Pelanggan boleh menghantar wang untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima pelanggan Maybank atau pelanggan bank lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 7:30 AM