Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menahan lelaki memiliki anak beruang matahari dalam serbuan di hadapan hotel di Kuala Lipis, Pahang, 22 Oktober lalu.

Ketua Pengarahnya, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, lelaki berusia 30 tahun terbabit ditahan selepas dikesan cuba menjual anak beruang berusia satu bulan itu melalui Facebook.

Menurutnya, hasil siasatan lelaki itu mendakwa menyeludup anak beruang itu dari Thailand untuk dijual dengan harga RM2,000.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 69 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) iaitu memburu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang tidak matang tanpa permit khas.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM200,000 atai penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanua sekali," katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan diadakan pada 21 Oktober lalu, PERHILITAN turut merampas tujuh ekor kucing batu di sebuah rumah di Ampang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 1:16 PM