HM Digital


JOHOR Southern Tigers menyiarkan video ulasan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, malam tadi.

FOTO dipetik daripada AFC.com
FOTO dipetik daripada AFC.com

Ulasan itu disiarkan kira-kira sejam selepas separuh akhir kedua antara JDT dan Bengaluru FC, di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India.

Pertemuan itu menyaksikan JDT 1-3 kepada Bengaluru FC sekali gus skuad selatan tanah air itu tersingkir daripada saingan Piala AFC menerusi agregat 2-4.

JDT bermula baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi ketua Safiq Rahim yang menanduk bola hasil tangkapan kurang kemas penjaga gol Bengaluru.

Namun, Bengaluru menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi Sunil Chettri yang menanduk masuk sepakan sudut Eugeneson Lyngdoh.

Babak kedua menyaksikan sepakan lencong Sunil dari luar kotak penalti berjayapada minit ke-67 menembusi gawang JDT untuk membolehkan pasukannya mendahului 2-1.

JDT kemudian dihukum jaringan ketiga tuan rumah menerusi Juan Antonio yang menanduk masuk sepakan percuma pada minit ke-75, untuk kedudukan 3-1 yang kekal hingga tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Video dua minit di laman Facebook kendalian Johor Southern Tigers itu menerima 28,000 ‘likes’ dan dikongsi lebih 18,000 kali dengan lebih setengah juta tontonan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 11:40 AM
KERATAN video ulasan TMJ. IHSAN Facebook Johor Southern Tigers
KERATAN video ulasan TMJ. IHSAN Facebook Johor Southern Tigers