MAJLIS terima tugas antara Puspanathan (kanan) dan Fadzil (kiri) disaksikan Tian Kee (tengah). FOTO Farah Suhaidah Othman
MAJLIS terima tugas antara Puspanathan (kanan) dan Fadzil (kiri) disaksikan Tian Kee (tengah). FOTO Farah Suhaidah Othman
Farah Suhaidah Othman


Ipoh : Bekas Timbalan Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor Asisten Komisioner W Puspanathan dilantik Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak yang baru, berkuat kuasa hari ini.

Puspanathan menyandang jawatan berkenaan menggantikan Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat yang dinaikkan pangkat dan menyandang jawatan Ketua JSJ Selangor berkuatkuasa pada 21 Oktober ini.

Pada 2003 hingga 2006, Puspanathan bertugas sebagai Pegawai Turus Cawangan Jenayah Berat (D9) Perak sebelum berpindah ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

Antara jawatan yang disandang termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields dan Penolong Pengarah Jabatan Sunber Strategik dan Teknologi (STarRT) Bukit Aman.

Majlis terima tugas itu disaksikan Ketua JSJ Perak, Datuk Gan Tian Kee di IPK Perak, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 1:02 PM