DYLAN
DYLAN

Stockholm: Legenda muzik Amerika Syarikat yang lirik puisinya mempengaruhi peminat pelbagai generasi, memenangi Hadiah Nobel Sastera semalam, penulis lagu pertama memenangi anugerah berkenaan.

Mengumumkan keputusannya itu, Academy Sweden berkata, Dylan, 75, terpilih kerana berjaya menghasilkan puisi bentuk baru menerusi muzik Amerika.

Keputusan itu disambut dengan rasa terkejut dan tepukan gemuruh wartawan yang menghadiri pengumuman pemenang.

Penyanyi rock itu sebelum ini pernah disebut sebagai bakal pemenang Nobel sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak pernah dilihat sebagai pesaing utama.

Setiausaha Tetap Academy, Sara Danius tidak menolak kemungkinan ada pihak akan menganggap pemilihan Dylan sebagai pelik.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, ketika mengucapkan tahniah kepada Dylan menerusi Twitter menulis: “Dylan adalah antara pemuisi kegemaran saya.” - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 11:11 AM