Anggota tentera menjalankan kerja pembersihan runtuhan di dewan SMK Balung serta kawasan sekitarnya yang rosak susulan nahas helikopter Nuri, semalam. FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING.
Anggota tentera menjalankan kerja pembersihan runtuhan di dewan SMK Balung serta kawasan sekitarnya yang rosak susulan nahas helikopter Nuri, semalam. FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING.
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menambah baik dan naik taraf helikopter Nuri dengan segera bagi mengelak nahas pesawat jenis itu pada masa depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sudah sampai masanya untuk pasukan itu untuk membuat proses tambah baik dengan segera bagi memastikan kesiapsiagaan aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada pada tahap tertinggi serta selamat digunakan.

"Saya sudah ingatkan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM sebelum ini bahawa tiada kompromi dalam soal keselamatan anggota dan kesiapsiagaan aset-aset ketenteraan kita.

"Pada waktu yang sama, saya juga bersetuju dan menyedari pandangan masyarakat umum bahawa helikopter Nuri sudah lama digunakan iaitu sejak tahun 1969 dan wajar diganti dengan aset lebih baru," katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, katanya, penggantian helikopter Nuri adalah satu proses berfasa dan perolehan pesawat EC 725 serta menaiktaraf Nuri adalah sebahagian dari proses meningkat upaya fleet helikopter TUDM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 7:13 PM