Allahyarham Muhammad Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Alor Gajah. FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN
Allahyarham Muhammad Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Alor Gajah. FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN
Mohd Hilmie Hussin

 

Alor Gajah: Jenazah Allahyarham Muhammad Abdullah, 20, seorang daripada tiga mangsa lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Gombak (Selangor), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Alor Gajah, di sini, jam 11.15 tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham dimandikan di kediaman keluarganya di Taman Kelemak Perdana, di sini, jam 9.45 pagi dan disembahyangkan di Surau Al-Aliyah yang diimamkan bapanya sendiri Abdullah Said, 56.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada saudara mara, rakan Allahyarham dan keluarga, hadir menziarah jenazah.

Menurut Abdullah, selepas selesai bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.30 malam semalam, jenazah Allahyarham Muhammad segera dibawa pulang ke Alor Gajah dan tiba jam 10 malam.

 

-

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 12:14 PM