Wan Mohd Nor  (dua kiri) diiringi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman (kiri) beramah mesra dengan sebahagian peserta yang hadir di Seminar Keselamatan Kebakaran Sekolah-Sekolah Agama dan Pondok Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan 2016 di Maahad Muhammadi (L), Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Tahap keselamatan sekolah pondok dan agama di negara ini masih belum memuaskan yang menjadi punca kepada kebakaran.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, antara punca kebakaran sekolah pondok dan agama ini termasuk pendawaian elektrik, gas memasak, ubat nyamuk dan lilin.

Katanya, kebanyakan sistem pendawaian tidak teratur dan dibuat penyambungan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan bomba.

"Tahun lalu sahaja sebanyak 34 kes kebakaran sekolah pondok dan agama dilaporkan di seluruh negara.

"Manakala, di Kelantan sejak tahun 2014 sehingga tahun ini sebanyak lapan kes kebakaran membabitkan sekolah pondok dan agama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran Sekolah-sekolah agama dan Pondok negeri Kelantan dengan kerjasama JBPM, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Maahad Muhammadi Lelaki, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 2:09 PM