AMIRUL (tengah) bersama peserta.
AMIRUL (tengah) bersama peserta.
AMIRUL menunjukkan demo bermain FIFA bersama peserta pilihan.
AMIRUL menunjukkan demo bermain FIFA bersama peserta pilihan.
PESERTA mendaftar nama.
PESERTA mendaftar nama.
'BEANIE TALK' bersama Juara FIFA Asia Tenggara, AmTuah.
'BEANIE TALK' bersama Juara FIFA Asia Tenggara, AmTuah.
Hazril Md Nor


Sesi ‘Beanie Talk’ edisi kedua hujung minggu lalu khas untuk peminat permainan video FIFA dan pemain amatur yang ingin mendapatkan pengetahuan mengenai sektor e-sukan.

Edisi kedua kolaborasi antara Gen Y dan Starbucks Encorp Strand Mall, Petaling Jaya, Selangor ini ternyata meriah apabila lebih 50 peserta hadir. Meskipun ia khusus kepada remaja, terdapat juga peserta dalam lingkungan Gen X. Program ini turut mendapat sokongan daripada Gamesbond yang membekalkan unit Playstation 4 dan TV.

KONGSI TIP GAME FIFA

Untuk sesi kedua, kami memilih juara FIFA Asia Tenggara, Amirul Afandi atau dikenali sebagai TI_AmTuah selaku penceramah berkongsi pengalamannya dalam sektor e-sukan.

Selain tip dan cara bermain FIFA, Amirul turut berkongsi input berguna bagi pemain amatur yang ingin berkecimpung dalam e-sukan termasuk mempunyai jadual sendiri, menetapkan masa bermain dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Tempoh program diperuntukkan selama dua jam bermula 4 petang hingga 6 petang dimanfaatkan sebaik mungkin dengan perkongsian menggunakan visual dan tontonan permainan FIFA di skrin televisyen bersama peserta terpilih.

Bagi anda yang ingin melihat rakaman singkat Beanie Talk yang lalu, jangan lupa layari laman Facebook kami di www.facebook.com/genyhm

TIP BERGUNA DARIPADA AMTUAH

- Ketika bertanding, tetapkan matlamat merangkul gelaran juara. Elakkan perspektif ‘masuk pertandingan sekadar suka-suka’.

- Jaga sikap dan datang awal ketika hari pertandingan. Selain itu, perlu menjaga pemakanan dengan betul untuk elak rasa mengantuk dan minda tidak cergas.

- Tetapkan 3-4 jam minimum sehari untuk berlatih bermain FIFA. Tidak semestinya berterusan, pastikan ia bersesuaian dengan jadual harian.

- Apabila bertanding, tidak perlu menilai lawan yang lebih handal kerana ia akan memberi kesan kepada minda. Yakin dengan kebolehan diri sendiri.

LAKUKAN INI

- Apabila berlatih di rumah, biasakan diri melawan pemain dalam talian berbanding AI. Pemain sebenar mempunyai strategi dan taktikal berbeza sekali gus mencabar kemahiran kita.

- Sertai komuniti dan minta tunjuk ajar daripada pemain berpengalaman. Selain itu, kerapkan bermain perlawanan persahabatan (friendly) dengan pemain lain.

- Perlu ada jadual sendiri disusun mengikut strategi dimainkan. Sebagai contoh, Isnin untuk belajar ‘serangan’ dan Selasa untuk ‘pertahanan’.

- Gaya permainan perlu mengikut jenis kelab dipilih. Cuba formasi berbeza untuk mendapatkan corak permainan tersendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 11:41 AM