PERKAHWIHAN Nor Nasirah dan Ismail turut menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
PERKAHWIHAN Nor Nasirah dan Ismail turut menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
LAPORAN Harian Metro berkaitan kisah perkahwinan Mohd Sufie dan Dayang Sopiah yang viral di media sosial.
LAPORAN Harian Metro berkaitan kisah perkahwinan Mohd Sufie dan Dayang Sopiah yang viral di media sosial.
Redzuan Muharam


Berkahwin pada usia muda bukanlah perkara baru sebaliknya sudah menjadi amalan sejak dulu termasuk dalam kalangan ibu bapa kita.

Kini, trend itu semakin ketara dan ada antara remaja kini yang bukan saja berkahwin pada usia belasan tahun malah memilih pasangan lebih berumur.

Contohnya, perkahwinan Mohd Sufie Matalin, 18, dengan ibu tunggal anak lima, Dayang Sopiah, 42, sekitar Ogos lalu yang menjadi topik bualan netizen selepas gambar majlis pernikahan mereka viral di media sosial.

Turut menjadi bualan hangat beberapa bulan lalu adalah kisah perkahwinan remaja berumur 18 tahun, Nur Nasirah Mohd Nazri bersama suaminya , Ismail Lombok, 66, yang juga pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Berikutan itu, pelbagai komen termasuk kecaman dilemparkan netizen terhadap kedua-dua pasangan berkenaan namun semuanya tidak penting kerana yang lebih utama mereka berdua berkahwin secara sah.

Bagaimanapun, penulis pasti, bukan saja pasangan berkenaan malah ada lagi remaja lain yang menjalin hubungan dengan golongan lebih berumur.

Namun, tidak ramai berani mendedahkan hubungan itu kerana bimbang disalah erti atau kemungkinan mendapat tentangan keluarga.

Bagi mengupas lanjut isu ini, Gen Y menemu ramah beberapa remaja dan ikuti komen mereka.

Nor Bazilah Ahmad Jawawi, 27 - Eksekutif Bank

“Terpulang kepada seseorang individu itu untuk memilih pasangan hidup mereka termasuk yang lebih muda atau berumur.

“Ini kerana cinta tidak mengenal usia tetapi yang paling penting perkahwinan itu mendapat restu kerana kita bukan saja berkahwin dengan pasangan tetapi seluruh keluarganya.

“Jika keluarga menerima, pasti rumah tangga akan bahagia,” katanya.

Mohammad Arif Fadzli Ishak, 27 - Perunding Takaful dan Usahawan Telco

“Kematangan seseorang tidak semestinya berdasarkan umur kerana ada golongan muda jauh lebih matang dari segi pemikiran.

“Jadi, bukan satu masalah jika ada lelaki ingin berkahwin dengan wanita berumur asalkan mereka serasi dan boleh menerima kelebihan mahupun kekurangan satu sama lain.

“Cuma, pasangan ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal supaya tidak menyesal kemudian hari kerana banyak cabaran yang bakal mereka tempuhi,” katanya.

Farawanida Johari, 27 - Pereka grafik

“Tiada salahnya berkahwin dengan mereka yang jauh lebih muda atau berumur dengan syarat masing-masing mampu memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

“Namun, lelaki perlu lebih beringat kerana tanggungjawab mereka lebih besar selepas berumah tangga dan seharusnya mengukuhkan kewangan mereka terlebih dulu.

“Jika kurang berkemampuan, mereka perlu mempertimbangkan semula keputusan itu kerana perkahwinan bukannya sehari dua saja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 10:14 AM