GOL pertama jaringan Mahrez (kanan).
GOL pertama jaringan Mahrez (kanan).
AFP

Bruges, Belgium: Ketika penyokong mereka meraikan permulaan sempurna penampilan sulung Liga Juara-Juara, pengurus Leicester City, Claudio Ranieri meminta tiada sesiapa terbawa-bawa dengan kemenangan 3-0 ke atas Club Brugge di Belgium, awal pagi semalam.

Juara Liga Perdana itu hampir ketinggalan dalam tempoh tiga minit di Stadium Jan Breydel, namun Jose Izquierdo terlepas peluang terbaik buat Club Brugge sebaliknya Marc Albrighton membuka tirai jaringan pada minit kelima.

Riyad Mahrez (gambar) kemudiannya melencongkan sepakan percuma pada minit ke-29 sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 berikutan kekasaran penjaga gol Ludovic Butelle ke atas Jamie Vardy bagi memastikan Foxes tiga mata pertama dalam aksi Eropah pertama mereka dalam tempoh 16 tahun.

“Perlawanan ini mungkin berubah jika mereka menjaringkan gol awal, tapi mereka mensia-siakan peluang itu dan bagi peluang pertama, kami menyumbat gol. Bagus buat kami memulakan cerita kami dengan kemenangan,” kata Ranieri, pasukannya bangkit selepas dibelasah Liverpool 1-4 hujung minggu lalu.

“Saya katakan sejak awal Liga Juara-Juara satu pengalaman baharu buat kami. Kami harap mampu melepasi peringkat kumpulan tapi jika kami gagal menduduki dua tangga teratas kumpulan, penting juga kami layak ke Liga Europa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 8:15 AM