HAFIZH kecewa namun yakin akhiri badi podium.
HAFIZH kecewa namun yakin akhiri badi podium.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah (gambar) mengakui berasa kecewa kerana gagal meraih podium pertamanya musim ini selepas hampir-hampir melakukannya di Grand Prix (GP) Britain kelmarin.

Hafizh yang beraksi bersama PETRONAS Raceline Malaysia, menamatkan perlumbaan di tempat keempat tetapi dilihat berusaha meraih tangga ketiga selepas bersaing sengit dengan pelumba Idemitsu Honda Team Asia, Takaagi Nakagami di pusingan terakhir sebelum pelumba Jepun itu mengekalkan kedudukan ketiga sehingga ke garisan penamat.

“Saya berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat meraih podium. Ia sebenarnya semakin hampir (untuk memenangi podium).

“Pada masa sama, saya bersyukur kerana dapat memberi saingan terhadap kelompok hadapan.

“Kami akan terus bekerja keras dan insya-Allah, saya yakin kami akan meraih kedudukan podium satu masa nanti,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 8:00 AM