ALAMI gangguan emosi dengan kata-kata berbentuk penghinaan.
ALAMI gangguan emosi dengan kata-kata berbentuk penghinaan.

Annyeonghaseyo! Kecederaan adalah perkara paling digeruni selebriti Korea Selatan. Meskipun kemalangan kecil, ia tetap meninggalkan kesan pada karier.

Mutakhir ini, ramai selebriti dilaporkan mengalami kecederaan sehingga ada yang terpaksa berehat buat sementara waktu.

Antaranya, Leo VIXX yang cedera ketika menyertai Kejohanan Olahraga Bintang Idol MBC. Leo yang bermain futsal dikatakan cedera di hidung.

Selain itu, anggota BTS iaitu Jin turut cedera di acara sama. Jin mungkin direhatkan bagi memastikan dia pulih sepenuhnya.

Terdahulu, Kyuhyun dilaporkan terpaksa membatalkan beberapa persembahan kerana ada bengkak di tekaknya.

Ulzzang! minggu ini berkongsi kisah bekas anggota Girls’ Generation, Jessica Jung nekad menyaman netizen.

Keputusan itu diambil selepas dua individu itu memberikan komen berunsur kecaman dan seksual terhadapnya di Internet.

Pada Isnin lalu, Coridel Entertainment yang menguruskan kerjaya Jessica mengesahkan sudah membuat laporan di Stesen Polis Gangnam, Seoul, bagi membuka siasatan terhadap pertuduhan itu.

Jessica sendiri yang memfailkan pertuduhan berkenaan selepas mengalami gangguan emosi dengan kata-kata berbentuk penghinaan.

Dua netizen itu perlu bertanggungjawab terhadap serangan peribadi yang dilakukan kepada Jessica.

Wakil stesen polis Gangnam mendedahkan netizen itu akan diberkas secepat mungkin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 11:05 AM