PENYOKONG United memeluk Rashford ketika meraikan jaringan tunggal perlawanan. Gambar kecil, Mourinho puas hati pasukan raih tiga mata.
PENYOKONG United memeluk Rashford ketika meraikan jaringan tunggal perlawanan. Gambar kecil, Mourinho puas hati pasukan raih tiga mata.
AFP

Hull: Pengurus Manchester United Jose Mourinho percaya Marcus Rashford sudah membuktikan nilainya terhadap skuad itu selepas penyerang muda itu menjaringkan gol saat akhir yang menewaskan Hull City awal pagi semalam.

Rashford yang menjaringkan lapan gol dalam 18 perlawanan bersama United musim lalu, berjaya menempatkan dirinya dalam skuad utama serta mewakili England ke Euro 2016.

Bagaimanapun, pemain berusia 18 tahun itu dinamakan sebagai pemain gantian untuk ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan tidak diturunkan sehingga perlawanan awal pagi semalam, kerana Mourinho lebih gemar menurunkan pemain baru Zlatan Ibrahimovic di bahagian serangan.

Rashford turut diturunkan pangkat ke skuad Bawah-21 England yang menyaksikannya terpilih untuk aksi kelayakan Euro 2017 menentang Norway 6 pada September ini.

Pada sidang media sebelum perlawanan Jumaat lalu, Mourinho menyatakan pemain remaja itu berpeluang beraksi dalam semua kejohanan musim ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 7:51 AM