FOTO Reuters.
FOTO Reuters.
AFP

Kingston upon Hull: Kemenangan Manchester United yang diperkuatkan dengan pemain termahal dunia Paul Pogba pada dua perlawanan awal Liga Perdana Inggeris bukan sesuatu mengejutkan tetapi apabila pasukan kerdil seperti Hull City melakukannya, ia pasti pelik.

United yang kini dibimbing Jose Mourinho, membelanjakan £89 juta (RM472 juta) untuk membawa masuk pemain tengah Pogba dari Juventus dan hasilnya mereka menang ke atas Bournemouth dan Southampton.

Hull pula berdepan krisis tanpa pengurus tetap selain hanya mempunyai 13 pemain cergas. Mereka juga tidak membuat sebarang pembelian baru manakala pemilik sedang berkira-kira untuk menjual kelab terbabit.

Walaupun dibelenggu semua masalah berkenaan, Hull yang layak ke Liga Perdana menerusi play-off, menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris Leicester dan Swansea sekali gus menyertai United serta pasukan hebat lain seperti Manchester City dan Chelsea yang mengumpul enam mata setakat ini.

Begitupun, Hull yang dibimbing sementara Mike Phelan perlu memberikan lebih daripada 100 peratus apabila melayan kunjungan anak buah Mourinho di Stadium KCOM tengah malam ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 5:40 AM