AB Rahman (dua kiri) menunjukkan barang rampasan termasuk dadah dan wang tunai. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
AB Rahman (dua kiri) menunjukkan barang rampasan termasuk dadah dan wang tunai. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Polis Kelantan menahan 119 individu dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM50,000 dalam operasi berasingan di bandar ini dan Pasir Mas bermula Ahad hingga semalam.

Turut dirampas dalam operasi itu yang berlangsung adalah wang tunai berjumlah RM29,000.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, semua yang ditahan berusia antara 16 hingga 53 tahun.

"Operasi bersepadu diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan bermula pada 10 malam Ahad lalu hingga 9 pagi semalam.

"Dalam serbuan di beberapa tempat, kita menahan 119 individu yang akan disiasat mengikut beberapa seksyen, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 39B; 39A (2); 39A (1); 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, dalam serbuan itu juga sebuah motosikal disita dengan rampasan dadah jenis syabu, pil yaba, cecair kodein dan pil estacy.

Katanya juga, penguatkuasaan berterusan akan terus dijalankan bagi membanteras kegiatan dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 8:31 PM