DALILAH catat 53.13 saat bagi meraih pingat emas.
DALILAH catat 53.13 saat bagi meraih pingat emas.
AFP

Rio de Janeiro: Dalilah Muhammad meraih kemenangan menakjubkan dalam acara 400 meter lari berpagar wanita semalam sekali gus mencatat sejarah sebagai atlet Amerika Syarikat (AS) pertama yang memenangi acara berkenaan di temasya Olimpik.

Atlet berusia 26 tahun yang juga pelari wanita terpantas dunia dalam acara berkenaan, mendahului perlumbaan untuk memenangi pingat emas dengan catatan 53.13 saat.

Sara Slott Petersen dari Denmark memenangi pingat perak dengan catatan 53.55s manakala rakan sepasukan Dalilah Ashley Spencer meraih gangsa dengan 53.72.

“Realiti kemenangan jauh lebih baik daripada impian, juara Olimpik kini ada di depan nama saya,” kata Dalilah.

“Menjadi rakyat Amerika pertama memenangi pingat ini menjadikannya lebih bergemerlapan.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2016 @ 5:24 AM