TEEN Jing Yi menewaskan pemain Republik Czech, Kristina Gavnholt pada Sukan Olimpik Rio. FOTO Rosli Rahmat
TEEN Jing Yi menewaskan pemain Republik Czech, Kristina Gavnholt pada Sukan Olimpik Rio. FOTO Rosli Rahmat
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Perseorangan utama wanita negara, Tee Jing Yi, catat kemenangan pertama di peringkat kumpulan.

Dia menewaskan pemain Republik Czech, Kristina Gavnholt pada Sukan Olimpik Rio, malam ini.

Jing Yi, 25, bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh Kristina sebelum menang 22-20, 21-15 dalam tempoh 41 minit bagi aksi Kumpulan K itu.

Dia akan menentang pemain pilihan ke-10 dari Jepun, Akane Yamaguchi, esok, bagi menentukan juara kumpulan itu.

Hanya juara kumpulan layak ke pusingan kedua. Jing Yi tidak pernah mengalahkan Akane dalam dua perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 9:20 PM