Mayat Koi Kian Boon ditemui di Pantai Tengah, Langkawi, hari ini. FOTO ihsan bomba.
Mayat Koi Kian Boon ditemui di Pantai Tengah, Langkawi, hari ini. FOTO ihsan bomba.
Hamzah Osman


Langkawi: Lelaki berusia 21 tahun yang dilaporkan hilang selepas mandi bersama dua rakannya di Pantai Chenang, di sini, ditemui lemas, hari ini.

Mayat Koi Kian Boon, dari Puchong, Selangor ditemui pada 12.45 tengah hari, selepas 22 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan kira-kira 800 meter dari tempat dia dilaporkan tenggelam.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan hilang selepas mandi bersama dua rakannya yang terselamat, Tea Wei Jie dan Leong Zhen Yen, masing-masing berusia 20 tahun.

Difahamkan mayat mangsa ditemui terdampar di Pantai Tengah oleh budak pantai yang menyertai operasi SAR.

Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Wilayah Utara Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kweeberkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.

"Dengan penemuan mangsa, operasi mencari yang membabitkan anggota APMM,bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat di kawasan pantai berkenaan ditamatkan pada jam 1 tengah hari," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 3:25 PM