LAPANGAN Terbang  Antarabangsa Ataturk di Istanbul kembali beroperasi. FOTO ihsan Pembaca
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul kembali beroperasi. FOTO ihsan Pembaca
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Seramai 221 daripada 242 rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan-lapangan terbang utama di Turki sudah berjaya meneruskan penerbangan ke destinasi masing-masing.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, baki 21 orang lagi akan berlepas dari Turki secara berperingkat mengikut jadual penerbangan yang sudah ditetapkan.

"Inisiatif dalam menghulurkan bantuan Konsular kepada warganegara Malaysia yang terkandas adalah hasil usahasama daripada Pasukan Khas yang diwujudkan, terdiri daripada pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Tourism Malaysia dengan dibantu oleh Konsul Kehormat Malaysia di Turki," katanya.

Katanya, warganegara Malaysia dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan sekiranya memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 6:36 PM