KANTE.
KANTE.
AFP

Vienna: Jurulatih Chelsea Antonio Conte (gambar kecil) menyanjung pembelian N’Golo Kante selepas pemain Perancis itu menyertai kelab berkenaan daripada juara Liga Perdana Inggeris Leicester City semalam.

Kante, 25, menjadi pembelian kedua terbesar Chelsea bulan ini selepas kedatangan Michy Batshuayi dari Marseille, sebaik Blues membayar £32 juta (RM168.2 juta) buat pemain tengah bertahan itu.

“Saya mahu katakan bahawa Kante adalah sasaran kami dan atas sebab ini saya amat gembira apabila kelab membeli pemain itu,” kata Conte selepas menyaksikan Chelsea tewas 0-2 kepada Rapid Vienna dalam perlawanan pertama kendaliannya.

“Dia pemain yang bagus. Dia mempunyai teknik yang bagus, stamina menakjubkan dan saya sukakan pemain seperti ini. Jika anda mahu menang, maka pasukan memerlukan pemain seperti ini yang bekerja keras untuk pasukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 8:56 AM