Mohd Suhaimi (tengah) menunjukkan pil kuda yang dirampas pada sidang media di IPD Marang, hari ini. FOTO Syafiq Ambak
Mohd Suhaimi (tengah) menunjukkan pil kuda yang dirampas pada sidang media di IPD Marang, hari ini. FOTO Syafiq Ambak
Zatul Iffah Zolkiply


Marang: Polis menahan seorang lelaki bersama 3,400 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM34,000 dalam serbuan di rumah di Rusila, di sini, semalam.

Suspek berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga itu ditahan dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Marang pada 11 pagi.

Ketika serbuan , suspek yang duduk di bahagian tepi beranda di luar rumah sedang menyembunyikan bungkusan plastik hitam di bawah beranda berkenaan.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 3,400 biji pil kuda di dalam plastik berkenaan.

"Siasatan mendapati suspek baru dua bulan terbabit dalam aktiviti pengedaran dan menjadi pengedar di sekitar daerah ini.

"Suspek kini direman selama seminggu sehingga 23 Julai depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di IPD Marang, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2016 @ 5:08 PM