Kuala Lumpur: Acson Malaysia Sales & Service Sdn Bhd (Acson) menyasarkan peningkatan perolehan antara 15 hingga 20 peratus tahun ini berbanding RM200 juta dicatatkan tahun lalu bersandarkan pengukuhan industri mengguna pakai sistem penghawa dingin di Malaysia.

Ketika ini, Acson menguasai 13 peratus pasaran atau di kedudukan ketiga di Malaysia dalam segmen jenama penghawa dingan yang mana perolehannya disumbangkan setara antara pengguna akhir dan enterpris.

Pengurus Besarnya Lee Nam Chuan berkata, Acson memperkenalkan produk pemanasan, pengalihudaraan dan penyaman udara (HVAC), Daiken Applied Product yang dijangka memberi sumbangan positif kepada perolehan syarikat pada 2015 memandangkan ia mendapat perhatian daripada pengguna enterpris sebelum dilancarkan secara rasmi.

Beliau berkata, Daiken Applied Product dijangka menyumbang 10 peratus atau RM30 juta kepada perolehan Acson pada akhir 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 8:55 AM