TIDAKLAH nanti terlalu ‘mengancam’ atau ‘membosan’ bila bertandang.
TIDAKLAH nanti terlalu ‘mengancam’ atau ‘membosan’ bila bertandang.
Rudy Imran Shamsudin


Biasanya, bila tiba Syawal, kebanyakan wanita gemar memilih persalinan sederhana untuk digayakan bagi menghadiri majlis rumah terbuka atau menziarahi sanak saudara.

Memilih sesuatu yang polos dan tidak terlalu sarat untuk dipakai dalam memenuhi jemputan rumah terbuka dan beraya adalah sesuatu yang tepat.

Begitupun, persalinan polos sedondon akan membuatkan gaya menjadi bosan disebabkan kebanyakan fabrik dipilih warna lembut dan tidak ada titik tumpu.

Dalam memastikan ada sesuatu yang boleh menarik perhatian dalam berpakaian, busana polos dipasangkan dengan fabrik bercorak sama ada pada bahagian atas atau kain disarung.

Lihat saja gaya ditampilkan beberapa selebriti ini yang bijak mengayakan baju warna polos dengan kain bercorak.

Malah kepelbagaian corak ditampilkan pada kain dipakai menambahkan seri dan tidak kurang memberikan identiti kepada si pemakai.

Fara Fauzana dan Diana Danielle memilih kain bercorak ala broket atau renda Perancis untuk digayakan dengan baju potongan kebaya dan kebaya pesak.

Klasik dan corak etnik pada fabrik memeri menjadi pilihan Siti Elizad, menjadikan penampilannya nampak sempurna apabila turut dikalungkan rantai jemeki selari warna kain.

Pendatang baru semakin mencipta nama dan kini berhijab, Falisha Crossley turut memilih gaya sama dengan Siti Elizad.

Pengacara popular, Jihan Muse pula memilih gaya klasik sepenuhnya apabila menggayakan baju warna polos kebaya pesak bersama songket. Dokoh tergantung di dada menjadi pelengkap gaya.

Dramatis, Memey Suhaiza pula menampilkan gaya moden dengan corak ‘menjerit’ bunga besar pada kain disarung membuatkan ia cepat menarik perhatian umum yang memandang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2016 @ 5:03 AM