Gambar mangsa serangan bom dipamerkan di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, semalam.  - Foto AP
Gambar mangsa serangan bom dipamerkan di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, semalam. - Foto AP
Agensi

Istanbul: Tiga penyerang nekad yang meletupkan bom pada diri mereka di Lapangan Terbang Ataturk semalam, adalah rakyat Russia, Uzbekhistan dan Kyrgyz.

Menurut pegawai kanan kerajaan Turki, pasukan forensik kini berusaha keras mengesan identiti pengebom berkenaan menggunakan cebisan mayat mereka yang terhad.

Menteri Dalam Negeri Turki, Efkan Ala, memberitahu Parlimen semakin banyak bukti menunjukkan IS melakukan serangan itu dengan jumlah korban kini meningkat kepada 44 orang (berbanding 41 pagi tadi) dengan 19 daripadanya rakyat asing.

Lebih 230 orang lagi cedera dalam serangan itu.

Menurut Efkan, identiti seorang penyerang sudah dikenal pasti namun enggan mendedahkannya.

Bagaimanapun, akhbar Hurriyet melaporkan penyerang Russia itu ialah Osman Vadinov dari Dagestan yang bersempadan dengan dengan Chechnya dan masuk ke Turki dari Raqqa, Syria, yang dikuasai IS.

Tiga penyerang itu melepaskan tembakan di pintu masuk mencetuskan panik sebelum dua daripada mereka masuk dan meletupkan diri dalam bangunan terminal manakala penyerang ketiga meletupkan dirinya di pintu masuk.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2016 @ 12:23 AM